DOSA-DOSA BESAR
حدثني عمرو بن محمد بن بكير بن محمد الناقد حدثنا إسمعيل ابن علية عن سعيد الجريري حدثنا عبد الرحمن بن أبي بكرة عن أبيه قال
كنا عند رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال ألا أنبئكم بأكبر
الكبائر ثلاثا الإشراك بالله وعقوق الوالدين وشهادة الزور أو قول الزور
وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم متكئا فجلس فما زال يكررها
حتى قلنا ليته سكت
Hadis Abu Bakrah r.a katanya:
Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah
aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara,
yaitu mensyirikkan Allah, menghardik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu. Semasa
Rasulullah bersabda, baginda sedang bersandar lalu duduk. Baginda
terus mengulangi sabdanya sehingga kami berkata: Semoga baginda
berhenti dari menyebut Hadis tersebut.
و
حدثني يحيى بن حبيب الحارثي حدثنا خالد وهو ابن الحارث حدثنا
شعبة أخبرنا عبيد الله بن أبي بكر عن أنس
عن النبي صلى الله عليه وسلم في الكبائر قال الشرك بالله وعقوق الوالدين وقتل النفس وقول الزور
Hadis Anas bin Malik r.a:
Nabi s.a.w pernah menceritakan tentang dosa-dosa besar. Baginda bersabda: Menyekutukan Allah, menghardik kedua-dua ibu-bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu.
Dalam hadis yang lain disebutkan:
Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah
telah bersabda: Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu
yaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah. Para
sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu?
Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukan-Nya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik yaitu
yang boleh dikawini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang
tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang
beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dengan fitnah: melakukan perbuatan zina.
Sumber: hadith al-islam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar